Tuesday, January 6, 2009

hari ni hari kedua persekolahan..lupa plak nak amik gambar. Namun murid PKBP SK Seri Relau dah bertambah ke 30 orang. 3 orang dari murid pra intergrasi sendiri 3 orang dari sekolah normal masing-masing berumur 8, 9, 10 tahun. Baru disedari ketidakupayaan mereka. Semuanya slow learner.2 orang murid baru. Hari ini terasa penatnya berbanding kelmarin. Biasala murid PKBP ni bila lama bercuti datang sekolah semula lain la sikit.
Entah kenapa baru terfikir benda-benda yang banyak ketinggalan yang perlu dibuat. Kadang tu rasa perlu diri ini lebih tegas, lebih cepat dan lebih maju. InsyaAllah nak cuba tunaikan tahun ni.

Guru-guru semua 8 orang termasuk PK pendidikan khas. Dua orang diantara kami guru lelaki. seorang guru perempuan masih bercuti. Cuti bersalin anak pertama.Kami mempunyai 3 orang PPM. Nantilah akan ku ambil gambar-gambar mereka tapi tu la takut tak sempat plak. InsyaAllah kena cuba gak.

No comments:

Post a Comment